Thursday, November 1, 2012

Saya?


AKU

Kalau sampai waktuku
‘Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau

Tak perlu sedu sedan itu

Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang

Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang

Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri

Dan aku akan lebih tidak perduli

Aku mau hidup seribu tahun lagi


Chairil Anwar
Maret 1943

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
  
 I

Kalau sampai waktu I
kepada Tuhan akan I merayu
yakin yang I ini
masa hidup dan mati
Melayu dan Muslim sejati.

I ini manusia beradap, terikat
kepada segala tuntutan masyarakat.

Kehidupan I anggap sebagai satu cabaran
untuk mencapai idaman
yang disahkan oleh kaum I:
kerja senang sebagai kakitangan kerajaan,
sebuah rumah teres di Desa Jaya
lengkap dengan mesin basuh, TV dan seorang suri,
sebiji Proton Saga yang dicuci tiap-tiap hari;
beretika kerja berdikari
untuk bangsa, agama dan negara
lapan jam sehari (hari minggu tak kira;
hari itu I khaskan untuk Mingguan Perdana
dan TV sepanjang hari.)

I warganegara merdeka:
kemerdekaan negara kemerdekaan I.
Kebebasan kepada I hanya satu beban:
apa pemimpin kata
I ikut saja;
akal yang diberi Tuhan
tak payah digunakan -
kecuali untuk cari makan.

Syurga - dunia dan akhirat - dijaminkan
oleh sembahyang lima kali sehari,
amanah saham 50 ringgit sebulan,
dan Dallas dan Dynasty
seminggu dua kali.
Keraguan dan kerinduan
jiwa (jika ada),
I bawa berlari, berlari
dari rumah ke pejabat,
hingga hilang segala sangsi
dalam bunyi lantang peti TV
tiap-tiap malam hari.
Sambil ternganga tengok TV
I menjilat jari -
begitu sedapnya ayam Kentucky.

Dan I akan lebih tidak peduli.
I mahu hidup begini
seribu tahun lagi.


Salleh Ben Joned
*bekas pensyarah Jabatan Inggeris, Universiti Malaya

                         
P/s : Sengaja letak di blog sebab rasa macam kelakar.   
      
 P/s/s : Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas cukup tak berkenan dengan Chairil Anwar. Yang membesar-besarkan Chairil Anwar ini sebenarnya sarjana-sarjana Belanda. Banyak hujah-hujah beliau yang dikemukakan. Abang aku yang nombor dua yang juga merupakan aktivis teater pun sama. Banyak yang dihuraikannya. Aku no comment, yang pasti aku ni orang - bukan binatang jalang :)

           P/s/s/s : I suka betul dengan sajak Rentak Haram Jadah, bahasa Salleh Ben Joned cukup kasar berdegar. I syak beliau orang Melaka, kot.




1 comment:

  1. assalamualaikum wbt.

    "sajak Rentak Haram Jadah, bahasa Salleh Ben Joned cukup kasar berdegar. I syak beliau orang Melaka, kot."

    selalu sinonim dengan orang melaka.

    bahasanya kasar bukan kurang ajar tapi gagah sinonim hang tuah. cukup di hias dengan senyum melebar sampai telinga tandanya mesra sinonim juga dengan orang melaka.

    wallahua'lam.

    ReplyDelete