Malam itu Acab dengan Nizam sepakat untuk mengasah bakat melepak mereka di Teluk Chempedak. Sesampainya mereka di sana, tanpa semena-mena bekalan elektrik di Teluk Chempedak terputus seolah-olah kedatangan mereka disambut hambar. Nizam agak kecewa sebab ini adalah kali pertama dia menjejakkan kaki di situ berlainan dengan Acab, anak jati Kuantan yang sememangnya sudah beberapa kali ke Teluk Chempedak.
Selepas motor diparkingkan di hadapan KFC, mereka terus berjalan mencari port yang baik untuk duduk bersantai. Nizam yang sedikit teruja berjalan mendahului Acab dengan jarak 5 meter di hadapan. Gitar kapok milik abang Acab turut dibawa bersama untuk menemani malam mereka. Puas berjalan, akhirnya mereka memilih untuk melabuhkan punggung di salah satu bench yang telah disediakan. Mereka duduk menghadap pantai berbintangkan berlian dan intan permata. Tak ramai orang ketika itu, sunyi dan sepi - yang pasti kegelapan malam itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pasangan-pasangan bercinta yang belum puas bercomolot. Coward lovers!
Sambil menikmati hembusan bayu segar ditemani bunyi deruan ombak yang menghempas pantai, Nizam mengeluarkan dua batang rokok dari kotak putih Winston Light. Satu diberikan kepada Acab manakala satu lagi diletakkan dibibirnya.
"Eh Acab, bak lighter sini. Lighter aku tertinggal la pulak." pinta Nizam sambil mengetap rokok di hujung bibirnya.
Rokok dinyalakan. Asap nikotin disedut dalam-dalam kemudian dihembus perlahan-lahan. Slow and steady.
"Best la datang sini. Rasa tenang sikit tapi aku still lagi serabut kalau fikir pasal CIA."
"kenapa dengan CIA?" tanya Acab.
"Ye la, aku hairan la kenapa pengarah CIA Asia fasih berbahasa Melayu, siap boleh bertutur dalam semua loghat dan bahasa yang ada di Malaysia ni. Memang semua agen CIA boleh buat benda yang sama ke? Aku risau jugak. Takkan tak tahu, CIA ni hardcore dengan tenaga kerja yang lebih terlatih dari segi usaha mendapatkan maklumat serta mencipta propaganda. Propaganda yang disebarkan bukan saja halus, malah langsung tidak disedari oleh golongan sasar. Sama jugak dengan Mossad dan KGB, semuanya bekerjasama dan mempunyai pelbagai rangkaian di seluruh dunia untuk mengawasi negara-negara yang dilihat sebagai ancaman atau potensi ancaman kepada mereka dengan menjalankan propaganda halus untuk membolehkan kumpulan sasaran menghambakan diri kepada mereka. Tapi Malaysia ni salah satu ancaman ke? Lagipun Malaysia ni kecik je pun. Kecik macam konek ko ha ha ha." Nizam berseloroh dalam nada yang serius.
Acab mula pening lalat. Terlalu berat untuk dia hadam apa yang Nizam perkatakan tapi dia cuba juga melayan karenah kawannya itu. Layankan saja, getus hati Acab. "Ermm, entahla. Malaysia kan negara yang pesat membangun dan selalu menjadi suara kepada negara-negara Islam yang lain dan negara-negara dunia ketiga. Omputih kata kecil-kecil cili api. Malaysia ni power kot. Power macam konek aku ha ha ha." Acab membalas dengan penuh bergaya. Nizam turut sama ketawa.
"Ko ada baca laman tertua pro-Pas tak, TranungKite Online (TKO)? aku dah lama perasan tapi TKO sekarang baru nak mempersoalkan keraguan terhadap Anwar."
"Takpun. Apa dia cakap?" tanya Acab.
"Entah, aku tak ingat sangat. Yang aku ingat dia mempersoalkan kenapa Anwar kerap ke USA dan terlibat dengan media USA. Allahyarham Fadzil Noor dan Lim Kit Siang yang pernah manjadi ketua pembangkang pun jarang melakukan demikian. Pastu, TKO turut mempersoalkan sumber kewangan Anwar. Yang lain-lain aku rasa pasal keterlibatan Anwar dalam penerbitan buku apa ntah dan dijemput mengajar di Georgetown University (top “Gay-Friendly Schools” in 2010)." jelas Nizam.
Acab menyambung perbualan, "Aku pun sangsi gak. Apa kaitan Anwar dengan Jim Welfenson, William S. Cohen dan Elliot Abrams yang berbangsa Yahudi ni? Kenapa Al-Gore pengerusi yayasan yahudi tu menjadi sahabat Anwar? Kenapa Anwar mengaku mereka semua adalah sahabat dia? Mana datang duit partai keAdilan yang banyak itu? Benarkah duit beratus juta USD untuk partai keAdilan itu ada dalam sebuah bank di Singapura? Apa tujuan Open Dialogue Centre Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat consultant democracy? Perlukah ada syarikat konsultan untuk mengamalkan demokrasi di Malaysia ni? Kenapa pekerja syarikat tu dibayar dalam USD sedangkan mereka rakyat Malaysia? Kenapa Anwar kata "we must take IFC" iaitu sebuah pertubuhan yang mahu menyamaratakan semua agama di Malaysia termasuk agama Islam. Bukankah ia bertentangan dengan perkara 11(1) dan perkara 11(4) dlm perlembagaan? Siapa disebalik IFC ni? Fuhh pening aku ha ha."
"ha ha tau takpa. Aku pun pening. Tapi aku tengok ada lagi orang-orang yang taksub dekat Anwar. Nak nak yang berhimpun luar Mahkamah Duta 9 Januari haritu. Padahal diorang bukan kenal rapat dengan Anwar pun. Diorang taktau ke daripada 32 orang pengasas PKR, 28 dah keluar tinggalkan Anwar. Semuanya tak percayakan moral Anwar. Yang tinggal hanyalah Brader Anwar Bin Ibrahim, Wan Azizah, Nurul dan Azmin." Nizam sedut lagi asap nikotin. Kali ni lagi dalam, meresap melalui alveoli paru-paru sebelum dihembus keluar semula.
Acab menyambung lagi, "Alar, yang pergi berhimpun geng-geng pencacai saja. Macam anjing, menyalak-nyalak tapi tak jadi apa pun. Lebih baik jadi anai-anai, kecil dan banyak, buat kerja pun rajin tup-tup istana kayu paling mahal di dunia pun boleh runtuh bro ha ha ha. Lagi satu, pada 22.10.1997, Karpal Singh pernah mendedahkan didalam Parlimen bahawa beliau mempunyai dokumen dan bukti yang Anwar Ibrahim terlibat dengan kegiatan homoseks dan liwat membabitkan pemandunya. Siap Karpal Singh bagitahu kepada beberapa pemimpin PAS mengenai kegiatan homoseks dan liwat Anwar. Takkan tak tahu, orang pertama yang gelar Anwar sebagai Al-Juburi ialah Mat Sabu. ha ha. Alih-alih kes Saiful, Karpal Singh mewakili Anwar Ibrahim sebagai peguam pula. Pelik bona yo jang. Menang kes pulak tu. Tapi kena ingat! Mahkamah tidak menyatakan Anwar tidak bersalah! Mahkamah tidak menyatakan aduan Saiful tidak betul! Mahkamah tidak memutuskan pertuduhan itu satu rekaan! Mahkamah cuma menyatakan bukti DNA yang ada tidak selamat untuk menyabitkan Anwar dengan kesalahan meliwat Saiful! Tengok, terer tak brader Karpal Singh kita ha ha."
"Biasa la, Karpal guna ilmu sophistry - ilmu segolongan cendekiawan dan pemikir Yunani 2500 tahun dahulu."
"Apa, sophistry?" tanya Acab sambil berkerut-kerut dahinya.
"A'ah sophistry, sejenis falsafah yang menyatakan tidak wujud apa-apa bentuk kebenaran yang mutlak di dunia ni. Kalau nak tahu, inilah asal-usul prinsip guaman yang menggalakkan kepandaian berkata-kata serta bermain dengan barang bukti untuk memenangkan hujah sehingga berjaya menegakkan benang yang basah. Bukan kita tak tahu, kebenaran boleh dilesapkan lalu digantikan dengan bukti yang sahih. Dalam sesuatu perbicaraan, orang yang jahat dan licik boleh gunakan teknik berhujah yang sesuai, oratorial skills serta bermain dengan retorik untuk menekan orang yang benar sehingga dia terlupa fakta yang ingin dikemukakan lalu dituduh sebagai penipu pulak! Nak nak si Karpal Singh tu, memang celah gigi dia je bro setakat nak cari kesilapan teknikal dalam sesuatu kes ha ha." jelas Nizam lagi.
Acab mengangguk-anggukkan kepala tanda faham sambil memetik kata-kata Graham Greene, "Truth can be sometimes found in a deep and dirty, dirty hole."
"Wah, berfalsafah kau sekarang Acab ha ha ha. Tapi betul jugak kan, sesetengah orang susah nak terima kenyataan mungkin sebab kebenaran yang diorang nampak tu tak sama dengan apa yang diorang sangkakan. Diorang ingat kebenaran tu cantik lawa-lawa belaka tapi sekali diorang lihat rupa kebenaran yang sebenar, nah! Belemoih. Jijik yaamat! ha ha mungkin sebab tu diorang tak boleh terima kebenaran kot." Nizam berseloroh lagi.
"Eh, kau ni sama je dengan aku - kerja hentam Anwar. Kau orang gomen ke?" tanya Acab lagi.
"Haa.. inilah mentaliti orang kita. Bila kutuk sebelah sana, cakap kita pro sini. Bila kita kutuk sebelah sini, cakap kita pro itu ini pulak. Pada aku, kita tak payah la nak jadi penyokong tegar atau fanatik mana-mana belah pihak. Sebab apa? sebab takut jadi pencacai. Macam yang ko cakap tadi, pencacai ni sama taraf aje dengan anjing ha ha ha. Rileks-rileks sudah bro. Yang penting gunakan akal. Ye dak?" tanya Nizam pula cuba mendapatkan kepastian.
"Salah tu bro, jangan gunakan akal saja tapi kena guna akal dengan betul. Sebab 'guna akal' dan 'guna akal dengan betul' tu dua perkara yang berbeza. Tapi kan aku tengok anak-anak muda sekarang ni ramai yang anti-gomen. Seolah-olah anti-gomen dikalangan anak muda ni dah terlalu mainstream. Aku tak suka. Sebab tu aku pilih untuk sokong gomen. Baru rebel! Lain dari yang lain. Apo barang sokong pembangkang! ha ha ha." gelak Acab lagi
Nizam menyambung pula, "Ikut suka engko la Acab nak sokong siapa pun. Yang penting jangan jadi pencacai je. Anjing! auk auk auk ha ha."
"Ini sungguh kurang ajar! ko panggil orang anjing, ko ingat ko kucing ke? ha ha ha." Acab berseloroh lagi.
"Eh eh eh, engkau yang start dulu panggil pencacai tu anjing. Aku dok kutuk-kutuk pencacai ni, cuak jugak. Takut silap haribulan aku pula kena kahwin dengan pencacai macam muslimah yang dok terkinja-kinja depan Mahkamah Duta 9 Januari haritu. Mau tak berasap dapur aku nanti ha ha " Nizam sambung ketawa.
Acab mencelah, " Dapur tak berasap takpe lagi bro, jangan rokok tak berasap sudah. Maklum la pinjam lighter tak pulangkan balik ha ha ha."
"Eh aku tak bagi lighter kau balik ke? Patut aku tengok ko tak merokok. Asal tak mintak je dari tadi kah kah kah." Nizam ketawa berdekah-dekah seraya memulangkan semula lighter Acab.
Malam nan indah itu tidak terbuang begitu sahaja. Di tepi pantai, mereka memecahkan kesunyian dengan nyanyian lagu
Stairway To Heaven versi Dave Grohl lupa lirik kemudian Nizam pula mendeklamasikan puisi Chairil Anwar yang pernah dipopularkan dalam filem "Ada Apa Dengan Cinta" sambil Acab memetik gitar kapok milik abangnya itu.
p/s : Suspicion is one of the best defences
Aku lari ke hutan, kemudian menyanyiku
Aku lari ke pantai, kemudian teriakku
Sepi-sepi dan sendiri
Aku benci
Aku ingin bingar,
Aku mau di pasar
Bosan aku dengan penat,
Dan enyah saja kau pekat
seperti berjelaga jika Ku sendiri
Pecahkan saja gelasnya biar ramai, biar mengaduh sampai gaduh,
Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang di tembok keraton putih,
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya, biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan belok ke pantai?